PERHATIAN! Mesej ini ditujukan khas kepada pemilik lesen hak jualan semula; Resell Rights, Private Label Rights dan Master Resell Rights...

 

“Ketahui Prosedur Dan Langkah Demi Langkah Untuk *Plug & Play* Koleksi Produk Digital Yang Tersimpan Rapi Di Dalam Hardisk Komputer Anda!”

 

Usah Lagi Membiarkan Produk Digital Yang Anda Miliki Diselaputi “Habuk Maya” Tetapi Sebaliknya Jadikan Koleksi Tersebut Sebagai Paip Besar Yang Membawa Saliran Wang Yang Menguntungkan!

 

 

 

 

Tarikh:

RE: Panduan Mengurus dan Memasar Produk Resell

Daripada: Mohd Pakhrurazi Hamzah & Osman Dastageer

 

 

 

Pemilik PLR, MRR dan RR yang dihormati,

 

Bilakah kali terakhir anda menjana pendapatan menerusi koleksi produk digital yang anda miliki dengan hak jualan semula seperti Private Label Rights (PLR), Master Resell Rights (MRR) ataupun Resell Rights (RR)?

 

Adakah pada hari ini anda ada menjana pendapatan daripada produk - produk tersebut? Bagaimana pula dengan kelmarin? Adakah anda ada menghasilkan jualan terhadap produk - produk digital PLR, MRR dan RR yang anda muat naik ke internet?

 

Ataupun... anda mungkin langsung tidak pernah meraih sebarang pendapatan menerusi produk - produk tersebut kerana:

 

 

Bukanlah menjadi satu perkara yang pelik ataupun asing bagi rata - rata pemilik produk digital yang berlesenkan Private Label Rights, Master Resell Rights dan Resell Rights, tidak melakukan apa - apa tindakan terhadap produk yang mereka miliki tersebut.

 

Hal ini adalah kerana mereka mungkin tidak sedar dan tidak tahu bahawa mereka memiliki lesen jualan semula terhadap produk - produk digital yang mereka muat turun (download) ke dalam komputer mereka. Perkara ini mungkin berpunca kerana kurangnya pendedahan tentang hak dan lesen jualan produk digital yang boleh diperolehi.

 

Produk Untuk Dijual Dah Ada, Tapi Tak Tahu Pula "Bagaimana" Untuk Membolehkannya Terjual...

 

Saya percaya bahawa anda juga mungkin telah banyak memuat turun pelbagai jenis produk digital yang mempunyai hak jualan semula sama ada yang dibeli tanpa disedari ataupun diberi sebagai bonus oleh "si otai".

 

Anda mungkin acap kali melihat tawaran - tawaran seperti berikut:

Tetapi apakah sebenarnya maksud terhadap Private Label Rights, Master Resell Rights dan Resell Rights tersebut?

 

Secara ringkasnya, apabila satu - satu produk digital diberikan tawaran lesen sebagai:

 

Perniagaan produk digital seperti ini sebenarnya amat menguntungkan kerana anda tidak perlu bersusah payah untuk memerah idea menghasilkan produk baru anda sendiri dari "scratch". Malah, kos ataupun modal untuk menjalankan perniagaan produk digital seperti ini adalah rendah.

 

Anda hanya perlu dapatkan sahaja lesen untuk menjual kembali produk sama ada menjual seperti sedia ada (resell rights), ataupun menghasilkan brand baru (rebrand) menerusi lesen Private Label. Malah, perniagaan produk digital seperti ini adalah merupakan satu jenis perniagaan yang begitu mudah untuk diuruskan kerana ia tidak melibatkan banyak urusan dan kos seperti penyimpanan stok, kos penghantaran dan sebagainya.

 

Jualan Produk Digital PLR, MRR dan RR Dapat Memberikan

Sumber Pendapatan Tambahan Tanpa Had!

 

 

Proof

shadow

Jika anda lihat pada rajah diatas, ianya adalah merupakan "screen shot" bagi salah satu produk digital yang berlesankan Resell Rights yang dijual oleh salah seorang internet marketer tempatan.

 

Beliau hanya memuat naik produk tersebut ke akaun hosting beliau, seterusnya melakukan sedikit promosi dan sehingga ke hari ini, produk tersebut berjaya dijual tanpa sebarang promosi tambahan lagi... (Anda boleh GOOGLE tajuk produk tersebut jika tidak percaya akan penjualan yang dilakukan.)

 

Ini membuktikan bahawa walaupun anda tidak mempunyai produk sendiri, anda tetap boleh melakukan perniagaan internet dengan menjual produk - produk digital yang berlesenkan Resell Rights atau Private Label Rights.

 

Bayangkan jika anda mempunyai rangkaian produk digital yang berkualiti serta mampu memberikan anda pendapatan setiap bulan. Jika dengan satu (1) produk anda boleh meraih RM50 sebulan, maka jika anda memiliki sepuluh (10) produk, anda sudah boleh mendapat RM500 dengan mudah!

 

Untuk menjana pendapatan dengan produk digital ini mudah sahaja... Syaratnya adalah, anda harus tahu apa yang perlu dilakukan untuk mendapat pendapatan yang anda impikan...

 

Memperkenalkan Pakej Tutorial Langkah Demi Langkah Pemasaran Produk "Resell"

 

cover

 

order

 

Pakej ini adalah merupakan Pakej Tutorial yang akan membimbing anda tentang bagaimana anda boleh mula menjual kembali produk - produk digital Private Label Rights, Master Resell Rights dan Resell Rights yang sedang disimpan rapi dalam "hardisk" komputer anda.

 

Jika sebelum ini anda menghadapi masalah kerana "tidak tahu" apa yang perlu dilakukan dengan produk - produk digital hak jualan semula yang anda miliki, maka pakej ini dapat membantu anda untuk mula bertindak menjual kembali koleksi produk yang anda ada.

 

 

Produk ini masih baru! Jadi, saya menantikan testimonial anda di sini. :)

 

 

 

Apa Yang Akan Anda Miliki Dengan

Pakej Tutorial Panduan Resell Ini?

 

Dengan mendapatkan Pakej Tutorial Panduan Resell, anda akan dibekalkan dengan material - material seperti berikut:

 

 

#1 - Manual Panduan Resell

 

ebook

Dalam manual ini, anda akan mempelajari tentang segala perkara berkaitan hak jualan semula seperti lesen Resell Rights dan Private Label Rights sebelum anda bertindak memulakan perniagaan produk digital.

 

Antara topik - topik yang bakal didedahkan:

 

  • Bab 1: Pengenalan Perniagaan Produk Digital Resell

Dalam bab 1 ini, anda akan diterangkan tentang mengapa penjualan produk - produk digital adalah merupakan satu bentuk perniagaan yang begitu menguntungkan dan mengapa ia harus menjadi satu lubuk sumber pendapatan yang harus direbut.

 

  • Bab 2: Jenis – Jenis Lesen Produk Digital

Dalam bab 2 ini, anda akan mengetahui dengan jelas tentang penerangan yang tepat bagi tiga belas (13) jenis lesen produk digital yang popular yang ditawarkan di internet. Kesemua jenis lesen ini amat jarang sekali didedahkan oleh mana - mana usahawan internet kerana mereka kebiasaannya hanya menyatakan Private Label Rights, Resell Rights dan Master Resell Rights sahaja.

 

  • Bab 3: Contoh - Contoh Syarat & Terma Lesen Jualan

Dalam bab ketiga ini pula, anda akan diterangkan dengan jelas tentang syarat dan terma lesen jualan produk digital berdasarkan contoh lesen yang disediakan. Dengan pendedahan ini, anda diyakini akan dapat mengenal jenis - jenis lesen (bab 2) dengan mudah dan seterusnya akan mengetahui apakah pelan tindakan yang harus anda lakukan untuk menjual produk digital yang anda miliki.

 

  • Bab 4: Lesen Produk Digital Yang Terbaik

Memiliki hak jualan terhadap produk digital sememangnya mengujakan. Akan tetapi bukan semua produk digital akan berjaya untuk dijual. Jadi dalam bab 4 ini, anda akan didedahkan apakah jenis lesen produk digital yang terbaik yang harus anda miliki JIKA anda ingin menjualnya kembali.

 

  • Bab 5: Pembekal Produk Digital

Dalam bab 5 ini, anda akan diterangkan dengan proses pencarian pembekal - pembekal produk digital yang menawarkan lesen hak jualan semula. Terdapat 5 kaedah untuk mencari produk digital yang boleh dibeli dengan lesen hak jualan semula.

 

  • Bab 6: Strategi Menjual Produk Resell

Dalam bab 6 ini, anda akan diterangkan dengan strategi - strategi yang boleh anda lakukan untuk memasarkan produk - produk jenis Resell Rights, Master Resell Rights dan Private Label Rights. Kebanyakan pemilik produk kurang tahu bagaimana untuk meningkatkan potensi jualan produk digital yang mereka miliki. Jadi bab ini akan membongkar strategi pemasaran yang boleh anda aplikasikan.

 

  • Bab 7: Lokasi & Kaedah Pemasaran Produk

Dalam bab ini, anda akan didedahkan "dimanakah" tempat - tempat yang boleh anda "lepak" untuk menjual produk - produk digital yang anda miliki serta apakah kaedah (method) pemasaran yang boleh anda gunakan bagi mendapatkan bakal pembeli yang berterusan.

 

  • Penutup

Kesimpulan penerangan keseluruhan manual Panduan Resell.

 

 

Manual ini diyakini dapat memberikan anda pengetahuan yang secukupnya tentang perniagan produk digital resell yang anda perlukan. Dengan memiliki manual ini, anda akan sedar akan potensi dan peluang untuk anda menjana pendapatan dengan produk digital adalah mudah!

 

shadow

order

 

 

#2 - Pelan Tindakan Pantas Resell

 

pelan

 

Anda juga akan dibekalkan dengan fail Pelan Tindakan pantas yang akan menjadi rujukan untuk anda memulakan proses penjualan produk - produk PLR, MRR dan RR.

 

Dalam pelan ini, anda boleh merujuk apakah prosedur - prosedur yang anda perlu lakukan berdasarkan susunan perkara yang penting yang perlu dilaksanakan bagi proses "Setup" perniagaan produk digital resell anda.

 

shadow

order

 

 

#3 - Video Tutorial Panduan Resell

 

pelan

 

Membaca sahaja tidak mencukupi kerana perkara - perkara teknikal seperti menyediakan produk dan web jualan agak sukar untuk digambarkan dengan penulisan. Jadi dalam pakej Panduan Resell ini juga, anda turut dibekalkan dengan video tutorial yang menerangkan langkah demi langkah tentang prosedur yang sering dilakukan oleh kebanyakan penjual produk digital Resell.

 

Dalam video tutorial ini, anda akan mempelajari:

 

  • Modul 1: Persediaan Item (11:00 minit)

Video ini akan menerangkan kepada anda apakah item / tools yang anda perlukan bagi melakukan kemaskini terhadap produk dan web jualan produk.

 

  • Modul 2: Mendapatkan Produk Resell (11:42 minit)

Video ini adalah kesinambungan kepada penerangan Bab 5, manual Panduan Resell. Anda akan ditunjukkan tentang kaedah yang betul dalam penggunaan "keyword" untuk pencarian produk Resell menggunakan enjin carian Google™.

 

  • Modul 3: Menyemak Lesen Produk Digital Resell (9:37 minit)

Dalam video ini, anda akan diterangkan tentang bagaimana dan apakah perkara yang penting untuk anda lakukan sewaktu menyemak produk digital resell yang ingin anda jual.

 

  • Modul 4: Menyediakan Bahan Jualan

Terdapat 2 bahagian dalam video ini iaitu:

Bahagian pertama (16:07 minit): Anda akan diterangkan dengan penyediaan produk dan bahan jualan seperti apakah struktur web jualan yang harus anda gunakan bagi memudahkan pemasaran yang bakal dilakukan.

Bahagian kedua (15:22 minit): Anda akan diterangkan dengan proses - proses yang terlibat untuk mengubahsuai produk digital jenis ebook yang berlesankan Private Label Rights dan seterusnya bagaimana untuk menjadikan produk ebook tersebut kepada format "end-user" iaitu menukar format dokumen (.doc) kepada format .pdf menerusi 2 kaedah mudah.

 

Turut diterangkan juga bagaimana anda boleh "protect" ebook tersebut dengan password dan bagaimana mengelakkan kandungan ebook daripada dapat disalin oleh pembaca.

 

  • Modul 5: Mengemaskini Web Jualan

Dalam modul 5 ini, terdapat 4 bahagian pembelajaran iaitu:

Bahagian pertama (15:57 minit): Video ini akan menerangkan apakah proses - proses yang terlibat dan yang perlu anda lakukan untuk mengemaskini web jualan yang dibekalkan bersama - sama dengan produk digital resell yang anda miliki.

Bahagian kedua (15:05 minit): Dalam bahagian kedua ini, anda akan ditunjukkan bagaimana untuk menggunakan template pengedar yang dibekalkan bersama - sama dengan pakej ini untuk membina halaman web yang diperlukan. Dalam video ini, halaman contoh yang dibina adalah halaman tempahan. Anda juga akan diterangkan bagaimana untuk menggunakan sistem borang yang turut dibekalkan bersama dengan pakej ini.

Bahagian ketiga (8:39 minit): Untuk bahagian ketiga modul 5 ini, anda akan diterangkan tentang proses menetapkan halaman download dan link download bagi produk digital yang akan dijual. Terdapat beberapa tips penting didedahkan disini untuk keselamatan halaman download dan link download produk digital.

Bahagian keempat (13:12 minit): Dalam video ini, anda akan diterangkan tentang kaedah memasukkan butiran pembayaran PayPal™ pada halaman web jualan anda. Dengan memasukkan alternatif pembayaran seperti PayPal ini, bakal pembeli anda akan mempunyai lebih banyak opsyen untuk melakukan pembayaran.

 

  • Modul 6: Muat Naik (Upload) Web Jualan (9:15 minit)

Dalam video ini, anda akan diterangkan dengan proses bagaimana untuk memuat naik (upload) fail halaman web jualan dan produk digital anda ke akaun hosting.

 

  • Modul 7: Uji Cuba Proses Jualan (6: 39 minit)

Dalam modul ini, anda akan dibimbing untuk melihat apakah proses - proses yang perlu anda lakukan setelah laman web jualan dan produk di upload ke hosting. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa laman web tersebut telah bersedia untuk dipasarkan dan "buat duit".

 

  • Modul 8: Pemasaran (15: 50 minit)

Dalam modul ini, anda akan diterangkan tentang contoh - contoh pemasaran yang boleh anda lakukan untuk mula menghasilkan jualan terhadap produk digital yang anda jual.

 

shadow

order

 

 

#4 - Template Pengedar

 

pelan

 

Anda juga akan dibekalkan dengan template halaman web yang mengandungi ayat - ayat web yang boleh anda "copy & paste" sahaja. Malah, anda juga turut diberi script sistem borang yang boleh anda "plug & play" untuk memudahkan anda menerima tempahan daripada pelanggan anda.

 

Hak yang bakal anda perolehi untuk kesemua template ini adalah "Basic Private Label Rights" - Sila baca dalam "Manual Panduan Resell" jika anda ingin mengetahui apakah maksud Basic Private Label Rights :)

 

shadow

 

Mengapa Perlu Anda Membiarkan "Peluang Buat Duit" Ini Begitu Sahaja Sedangkan Anda Sebenarnya Boleh Menambah Duit Poket Anda Setiap Bulan Dengan Produk - Produk PLR, MRR dan RR?

 

Jika anda pernah lihat orang berkata "Buat Duit Secara Autopilot"... maka menjual produk PLR, MRR dan RR adalah salah satu kaedah untuk anda menjana pendapatan secara autopilot di internet.

 

Mengapa?

 

Ini adalah kerana...

Boleh dikatakan, perniagaan produk digital resell adalah merupakan salah satu bentuk perniagaan yang termudah yang boleh anda jalankan secara part time hanya 1 - 2 jam sehari sahaja. Walaubagaimanapun, saya tidak mahu memaksa anda untuk menjalankan perniagaan ini hanya kerana saya mahu anda membeli produk saya.

 

Apa yang ingin saya sampaikan tentang kelebihan berniaga dengan produk digital resell, sudahpun saya kongsikan kepada anda. Jadi sekarang terpulang kepada anda untuk membuat keputusan; sama ada anda ingin mengambil peluang yang sedang berada di depan mata anda, atau anda mahu ia berlalu pergi tanpa membawa sebarang keuntungan.

 

Jika anda tidak mahu membiarkan produk - produk digital yang berada di dalam komputer anda "ditimbuni habuk - habuk digital" untuk selama - lamanya, maka saya syorkan anda untuk mendapatkan Pakej ini segera dan belajar bagaimana anda boleh mula untuk menjana pendapatan dengan koleksi produk digital resell yang anda miliki...

 

 

Dapatkan Pakej Panduan Resell Hari Ini dan Miliki Bonus Berikut!

 

Dengan membuat pakej Panduan Resell yang ditawarkan, anda juga berpeluang untuk mendapatkan bonus - bonus eksklusif seperti berikut:

 

Bonus #1 - Script Sistem Download Lite!

 

 

Menjual produk digital di internet adalah merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Walaubagaimanapun, kegembiraan tersebut mungkin hanya sementara sahaja apabila anda mendapati rupa - rupanya halaman dan link download produk anda sudahpun disebarkan secara meluas oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab.

 

Keuntungan yang sepatutnya anda miliki, sudah berkurangan 50% kerana berlakunya pencerobohan haram terhadap halaman download dan link download produk anda...

 

Script Sistem Download Lite Berkuasa Untuk Mengunci Halaman Dan Link Download Produk Digital Anda!

 

Dengan menggunakan script Sistem Download Lite ini, anda berkemampuan untuk:

  • Menyembunyikan link sebenar halaman download produk digital anda.
Pengguna tidak akan mengetahui lokasi sebenar halaman download yang anda simpan kerana sistem akan memaparkan halaman palsu pada browser (pelayar web) komputer pengguna.

    Sebagai contoh, katakan link halaman download anda yang sebenar adalah beralamat seperti berikut:

    => http://domainanda.com/folderdownload/halamansebenar.html

     

    Dengan menggunakan sistem download lite ini, pembeli produk anda tidak akan dapat melihat halaman sebenar tersebut kerana mereka hanya akan dapat melihat alamat "tipu" yang ditetapkan oleh sistem download lite. Contoh:

    => http://domainanda.com/halamantipu.php

  • Memastikan hanya pembeli sahaja dapat mengakses ke halaman download.

Pembeli yang cuba berkongsikan link (URL) halaman download yang mereka "copy" dari browser mereka dan diberikan kepada sahabat mereka, akan dapat disekat daripada dipaparkan pada komputer sahabat yang terbabit.

Sekiranya pembeli ingin berkongsi link download yang mereka ambil dari browser (pelayar web) kepada sahabat mereka, maka link tersebut pasti tidak akan berfungsi di komputer sahabat yang terlibat.

 

Katakan ini adalah link yang dilihat oleh si pembeli di browser komputernya;

 

=> http://domainanda.com/halamantipu.php

 

maka apabila ia dibuka pada browser komputer sahabat mereka, maka link tersebut akan membawa sahabat mereka kepada halaman "error"

  • Memastikan link download produk di "protect".

Selain daripada menyembunyikan link sebenar halaman download daripada dipaparkan pada browser pelanggan, link download untuk produk juga akan disembunyikan.

 

Pembeli tidak akan dapat mengetahui lokasi sebenar fail produk yang anda simpan.

 

Malah jika link download produk tersebut disebarkan kepada sahabat - sahabat mereka juga, maka link tersebut pasti tidak akan berfungsi!

 

Contoh link download:

=> http://domainanda.com/download.php?file=namafailproduk

 

Inilah kelebihan script Sistem Download Lite berbanding lain - lain script download protection yang lain kerana script Sistem Download Lite memberikan "double protection" kepada butiran download produk digital yang anda jual.

 

Kini anda berkemampuan untuk menyekat aktiviti pencerobohan bebas oleh penceroboh haram!

 

Sistem ini boleh di integrasi dengan lain - lain sistem dan AMAT SESUAI untuk digunakan pada PayPal™, Clickbank™ ataupun menggunakan kaedah pembayaran manual.

 

shadow

order

 

Bonus #2 - Koleksi Produk Resell Bernilai $100!

 

 

Sekiranya anda tidak memiliki sebarang produk digital yang boleh dijual semula, maka saya ada menyediakan koleksi produk digital yang boleh anda gunakan untuk mempraktikkan Panduan Resell yang bakal anda miliki ini.

 

Saya telah menyediakan beberapa koleksi produk Private Label Rights dan Master Resell Rights dalam bahasa inggeris dan juga bahasa Malaysia yang boleh anda jual pada bila - bila masa sahaja.

 

shadow

order

 

Bagaimana? Adakah anda telah bersedia untuk memulakan empayar perniagaan produk resell anda bermula hari in? Atau adakah anda masih lagi berasa ragu - ragu kerana tidak yakin dengan diri anda sama ada mampu atau tidak untuk menjalankan perniagaan produk Resell ini?

 

"Be Confident!" Buangkan perasaan ragu - ragu anda sekarang kerana ia tidak membawa sebarang keuntungan! Bilakah lagi anda mahu mengambil tindakan untuk mendapat "duit poket" tambahan yang anda perlukan jika anda bukan pada hari ini?...

 

 

Miliki Keseluruhan Pakej Panduan Resell Pada Hari Ini Dengan Hanya...

 

RM70.00

 

RM50.00 sahaja!

 

order

 

Miliki Pakej Ini Sekarang Sebelum Tawaran Ditutup!

 

Saya menjamin bahawa tutorial yang disediakan adalah berkualiti tinggi dan pastinya dapat membantu anda untuk mempelajari proses - proses menjual kembali produk digital yang berlesenkan PLR, MRR atau RR yang berada di dalam simpanan anda.

 

Jika anda sememangnya berhasrat untuk menjana pendapatan tambahan dan membina empayar perniagaan internet berasaskan produk digital, maka pakej ini pasti dapat membantu anda!

 

Salam kejayaan!

 

Mohd Pakhrurazi Hamzah & Osman Dastageer
http://www.PanduanResell.co.cc

 

P.S - Usah lagi bertangguh untuk melakukan perkara yang boleh membawa keuntungan kepada anda dengan mudah. Pendapatan di internet tidak akan dapat diperolehi sekiranya anda tidak bertindak mulai sekarang... Klik di sini untuk mendapatkan panduan ini serta bonus - bonus eksklusif.

 

 

Utama | Tempahan | Hubungi | Syarat & Terma

 

banner